TOKYO – Pihak berkuasa wilayah Fukushima semalam memulakan pemeriksaan kesihatan ke atas 360,000 kanak-kanak kerana dibimbangi terdedah risiko abnormaliti tiroid akibat radiasi daripada loji nuklear yang terjejas akibat bencana tsunami.
Pemeriksaan itu dibuat ekoran tekanan daripada ibu bapa agar kerajaan mengadakan ujian tersebut.
Ujian saringan bermula selepas kajian tidak rasmi melaporkan 10 daripada 130 kanak-kanak yang dipindahkan dari Fukushima mempunyai hormon yang tidak `sihat’ di dalam kelenjar tiroid.
Para pegawai kesihatan berkata, mereka akan menjalankan ujian ke atas 360,000 kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun.
Gempa bumi serta tsunami yang melanda perairan timur laut Jepun pada 11 Mac lalu menyebabkan 20,000 orang mati atau hilang termasuk loji tenaga nuklear di Fukushima Daiichi yang terjejas teruk. – AFP
0 comments:
Post a Comment