Sport Streaming

Wednesday, June 15, 2011

Siri 1: Ketika Mahu Jumpa 'Seseorang' di Atas Bukit

Tepat jam 5.00 petang setelah selesai kelas, aku dengan dua orang kawan aku terus ke perpustakaan untuk membaca akhbar sebagaimana rutin harianku dengan sahabatku itu. Selesai membaca akhbar dan melayari internet, aku dan sahabat aku ingin pulang ke hostel yang terletak dalam jarak 200 meter dari perpustakaan tadi. Aku dan rakanku itu hanya berjalan kaki memandangkan kampus aku terletak dalam kawasan yang sama dengan perpustakaan. Senang cerita dalam satu kawasan.


Kampus aku dikelilingi oleh bukit yang aku sendiri tidak tahu apakah yang ada di atas bukit tersebut. Kadang-kadang aku dan sahabatku ingin meneroka apakah yang tersembunyi di atas bukit itu. Ia bagaikan misteri kerana kampus aku itu terletak di kawasan yang tidak didiami manusia kecuali hanya ada dua tempat pengajian iaitu kampus aku dan satu lagi pusat teknikal milik kerajaan. Kediaman pun hanya terletak 1.5 kilometer di luar jalan raya yang hanya ada dua lorong. Biasalah kawasan perkampungan.

Aku pun bergegas pulang ke hotel jam 6.30 petang memandangkan pepustakaan hendak dilabuhkan tirai operasinya pada hari itu. Ketika aku berjalan dengan dua sahabatku itu, aku terserempak dengan seorang pelajar lelaki yang pada ketika itu hendak menuju ke satu tempat yang aku cuba terokai itu tadi. Aku sempat bertanyakan pelajar tersebut "Ke manakah engkau masa-masa ini?". Pelajar tadi yang menaiki motor terus menjawab "Aku ingin jumpa dengan seseorang di atas bukit tu".

Aku dan dua sahabatku itu meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan pelajar tersebut kerana pada waktu itu hampir masuk waktu maghrib. Aku dengan sahabatku itu mahu bergegas ke surau untuk menunaikan solat maghrib memandangkan kami akan menyiapkan tugasan yang akan dihantar kepada pensyarah pada keesokkan harinya. Pensyarah kami telah memberikan tugasan itu seminggu yang lalu tetapi maklumlah sebagai pelajar kamin suka buat kerja di saat-saat akhir.

Setelah sampai di kafe, ada rakan kepada pelajar lelaki tersebut bertanyakan pasal lelaki yang ke atas bukit itu. Kebetulan rakan pelajar itu adalah rakankudan sahabtku itu. Aku bagi tahu kepada rakanku itu bahawa dia telah pergi ke atas bukit untuk menemui seseorang. Aku pun terus meninggalkan kafe menuju ke bilik aku di Blok B aras 3 bilik nombor 4. Aras paling atas sekali yang cuma ada 5 penghuni bilik dari 11 bilik yang didiami pelajar.

Selesai menunaikan solat Maghrib dan Isyak di surau, kami bertiga pulang ke hostel kami. Kami bertiga tinggal di bilik dan blok yang berasingan yang mana sahabat aku di Blok A aras 2 bilik nombor 7 dan Blok C aras 1 bilik nombor 11 masing-masing. Selepas itu aku turun ke kafe untuk membeli makanan bagi dijamu untuk perut aku ini sebelum memulakan kerja-kerja yang tertangguh tadi. Hampir setengah jam aku dikafe kerana pelanggan pada malam itu ramai tidak seperti hari biasa yang sebelumnya.

Setelah aku menjamu selera, aku pulang ke bilik aku untuk mengambil bahan-bahan yang sepatutnya untuk memulakan kerja yang perlu dihantar kepada pensyarah. Nasib baik kerja itu dilakukan dalam kumpulan yang mempunyai 3 ahli setiap kumpulan. Aku terus ke bilik nombor 7 aras 2 tetapi masih satu blok dengan aku. Aku dan kawan aku sedang khusyuk memikirkan idea yang perlu dilontarkan sebelum esok. Ada kawan sebilik aku itu tengah main 'game' tetapi aku tidak mengendahkannya kerana fokus kepada kerja yang belum siap itu.

Hampir 15 minit menjelang jam 12 tengah malam, aku berhenti seketika untuk 'release tension' kerana hampir dua jam aku memikirkan idea untuk kerja aku itu aku terus melayan lagu hindi. Biasalah kalau datang bilik yang suka layan lagu hindi, sampai aku turut layan lagu itu. Tidak silap aku alagu yang aku dengar itu lagu dari filem 'Main Hoon Na'. Maksudnya 'Akukan Ada'. Tepat jam 12 tengah malam...

Bersambungan di Siri 2: Bekalan Elektrik Terputus

0 comments:

Post a Comment

 

Reuters

Kosmo Online

Utusan Online