Sport Streaming

Saturday, December 10, 2011

2 Terbunuh Dalam Keganasan Terbaru di Virginia Tech

WASHINGTON: Keganasan berulang di Virginia Tech semalam apabila dua orang ditembak mati, termasuk seorang anggota polis kampus.

Pusat pendididikan itu menjadi tempat kejadian pembunuhan paling buruk di kawasan pusat pengajian dalam sejarah Amerika Syarikat pada 2007 apabila 32 orang ditembak mati, termasuk penyerang.


Polis enggan mengesahkan laporan bahawa mangsa kedua yang terbunuh dalam keganasan semalam ialah penembak itu sendiri meskipun selepas universiti yang mempunyai 31,000 pelajar itu sudah mengumumkan tiada lagi ancaman.

Apabila ditanya sama ada lelaki bersenjata terbabit masih bebas, jurucakap polis Virginia, Bob Carpentieri memberitahu wartawan: “Penyiasat yakin mereka sudah mengesan orang yang bertanggungjawab.” Anggota polis yang terbunuh ialah anggota pasukan keselamatan Virginia Tech yang ditembak ketika pemeriksaan rutin jalan raya di tempat letak kereta berhampiran kemudahan sukan.

“Saksi melaporkan kepada polis bahawa penembak terbabit melarikan diri ke kawasan tempat letak kereta. Di situ, mayat kedua ditemui,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak universiti dalam laman webnya.

Ia bagaimanapun tidak menyebut sebarang nama sementara Carpentieri berkata, sepucuk senjata ditemui berhampiran mangsa kedua. - AP

0 comments:

Post a Comment

 

Reuters

Kosmo Online

Utusan Online