KUANTAN — Dua penunggang dan seorang pembonceng motosikal maut dalam dua kemalangan di Pahang semalam.
Pegawai Turus Trafik Pahang DSP, Mohd. Najid Jusoh berkata, dalam kejadian pertama, Fandi a/l Sol, 22, maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dan merempuh papan tanda jalan di Km152.5 Jalan Kuantan-Johor Baharu.
Gambar hiasan
Sementara itu, dalam satu lagi kejadian pada pukul 8.20 malam tadi di Jalan Bukti Setongkol di sini, penunggang, S. Shanmuganadan, 32, dan pembonceng R. Nokesvaran, 21, maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta.
"Motosikal yang dinaiki mangsa telah bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan,” katanya.
Beliau berkata kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.
Bernama
0 comments:
Post a Comment