Sport Streaming

Monday, November 21, 2011

Kanser Mulut Boleh Hilang Lidah

DUNGUN – “Jangan ambil mudah soal penjagaan mulut, ia boleh menyebabkan kanser yang serius sehingga lidah anda boleh dipotong jika dijangkiti kanser,” kata Pakar Bedah Mulut, Hospital Nur Zahirah (HNZ) Kuala Terengganu, Dr Rosliza Parumo.

Dr Rosliza berkata, penjagaan mulut amat penting bagi memastikan wujudnya keseimbangan tahap kesiha-tan seseorang individu.

Katanya, jangkitan kuman akibat penjagaan mulut kurang sempurna boleh menyebabkan berlakunya penyakit kanser lidah dan mulut yang memerlukan rawatan terperinci termasuk pembedahan.


Menurut beliau, tanda awal kanser, pesakit diserang ulser berpanjangan di dalam mulut yang biasanya berpunca daripada tabiat merokok, makan sirih dan me-ngambil minuman keras.

“Mereka yang berisiko menghidap kanser mulut antara umur 30-an hingga 60-an.

“Kebanyakan masyarakat kurang memberi perhatian terhadap penjagaan mulut kerana beranggapan penyakit lain seperti kanser payudara dan jantung lebih serius.

“Akhirnya mereka mudah terdedah kepada penyakit kanser mulut yang turut memberi kesan kepada kehidupan,” katanya ketika menyampaikan ceramah kesiha-tan sempena sambutan Hari Pergigian Sedunia anjuran Unit Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri di dewan Majlis Perbandaran Dungun.

Sementara itu, Pakar Periodontik HSNZ, Dr Hanizah Abdul Aziz pula menasihatkan orang ramai memberi perhatian terhadap penjagaan gigi dengan melakukan aktiviti memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.

“Kita nampak aspek penjagaan gigi kurang penting berbanding kesihatan lain, tetapi kalau gigi akit, ia boleh menjejaskan emosi dan menganggu tumpuan kerja,” katanya.

Pesakit kanser, Mazita Mat Zain, 47, berkata, akibat penyakit yang mula dihidapi pada Ogos 2006 itu, lidahnya terpaksa dipotong sehingga menjejaskan pertuturannya.

“Saya ingat ia tidak serius, tetapi bila separuh lidah saya terpaksa dipotong kerana kanser lidah, barulah saya tahu kesannya,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

 

Reuters

Kosmo Online

Utusan Online