KOTA BHARU: Konsortium Transnasional Bhd (KTB) mungkin menghentikan sepenuhnya perkhidmatan bas henti-hentinya Cityliner di enam negeri bulan depan, sekiranya tidak ada pihak dapat membantu menyelesaikan masalah kerugian dialami syarikat itu.
Pemberhentian perkhidmatan itu dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang, membabitkan 80 laluan dan 400 bas.
Pengarah Eksekutif Konsortium Transnasional, Tengku Hasmadi Tengku Hashim berkata, dengan kerugian kira-kira RM300 juta yang ditanggung kini, syarikat itu terpaksa bertindak begitu bagi mengelakkan daripada terus menanggung kerugian setiap tahun. Beliau berkata, pihaknya belum menerima ‘hitam putih’ dari pihak yang dikatakan berjanji mahu membantu menyelesaikan isu itu termasuk kerajaan negeri dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad).
Tengku Hasmadi berkata, pihaknya akan berunding dengan kerajaan Negeri Sembilan esok. - Bernama
0 comments:
Post a Comment