Sport Streaming

Friday, August 19, 2011

Jual Kereta Halimunan

KUALA LUMPUR: Pengalaman akibat pernah menjadi mangsa tipu ketika ingin membeli barang melalui Internet menyebabkan seorang lelaki meniru taktik sama untuk mengaut keuntungan lebih RM250,000 sejak tiga bulan lalu.

Difahamkan, suspek yang berusia 25 tahun itu menjalankan kegiatan penipuan jual beli kereta ‘halimunan’ bersama-sama tunang dan rakan tunangnya dan menipu lebih 30 mangsa.


Sumber berkata, ketiga-tiga suspek menjalankan ‘perniagaan’ jual beli kereta pelbagai model termasuk kereta mewah dengan mengiklankan kenderaan berkenaan pada harga lebih murah.

Menurutnya, suspek mengenakan bayaran pendahuluan RM5,000 hingga RM15,000 bagi setiap tempahan bergantung jenis kereta.

Sumber berkata, kelicikan mereka dikesan dengan kerjasama pihak bank dan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor yang menahan suspek di Nusajaya bulan lalu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

0 comments:

Post a Comment

 

Reuters

Kosmo Online

Utusan Online