Sport Streaming

Monday, July 4, 2011

Senator Pakatan Syor Bersih Runding Dengan PM

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara Pakatan Rakyat sepakat mengalu-alukan titah Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang menitahkan supaya Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri.

Menurut Senator Dr Syed Husin Ali, titah baginda mengenai perhimpunan aman 9 Julai ini merupakan satu perkembangan baik dan dialu-alukan.


“Lanjutan daripada itu, ada berita mengatakan bahawa Baginda mengesyorkan supaya Perdana Menteri sendiri untuk menemui Bersih.

“Sekarang ini terserah kepada Perdana Menteri dan kerajaan untuk mencari jalan yang baik,” kata nya kepada pemberita mewakili senator Pakatan Rakyat di lobi Parlimen hari ini.

Ketika ditanya sama ada himpunan 9 Julai ini akan diteruskan, Syed Husin menjelaskan ia adalah keputusan NGO Bersih itu sendiri.

“Itu bergantung kepada keputusan mereka,” katanya.

Turut hadir pada sidang media ialah Senator Mumtaz Md Nawi dan Yusuff Hussin.

Dalam pada itu Senator Ramakrishnan menambah, usul bagi membincangkan tindakan polis terhadap himpunan yang dibawanya ke Dewan Negara hari ini telah ditolak dalam kamar.

“Kerajaan tidak serius menyelesaikan tuntutan Bersih kerana sikap pasif mereka terhadap pelibagai aduan. Terutamanya setiap kali isu berbangkit selepas pilihan raya kecil.

“Perdana Menteri mengatakan bahawa – gunakan saluran yang betul. Tetapi ketika kami membawa usul di Dewan Negara dan Dewan Rakyat, ia ditolak.

“Sedangkan, bukankah Parlimen merupakan saluran dan cara terbaik membincngkan tuntutan-tuntutan tersebut? Mengapa kita tiada ruang untuk membincangkan?,”  soal Ramakrishnan.

Keadilandaily

0 comments:

Post a Comment

 

Reuters

Kosmo Online

Utusan Online