Sport Streaming

Tuesday, July 12, 2011

RM2.8 Juta Barangan Seludup dirampas

KUALA LUMPUR — Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merampas pelbagai barangan yang diseludup bernilai RM2.8 juta yang melibatkan cukai sebanyak RM7.3 juta dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Gambar hiasan

Pengarah Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Saadon Mohd. Dros berkata, nilai rampasan keseluruhan barangan diseludup untuk tahun 2010 pula ialah RM25.2 juta yang melibatkan jumlah cukai RM68.9 juta.

Antara barangan yang dirampas ialah minuman keras, rokok, tayar dan telefon bimbit, katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Pasar Borong Selayang selepas melancarkan Kempen Mencegah Pengedaran Rokok Tidak Sah, di sini hari ini. 

Bernama

0 comments:

Post a Comment

 

Reuters

Kosmo Online

Utusan Online