KUALA LUMPUR, 6 Julai - Walaupun penganjur perhimpunan Bersih bersetuju mengadakan perhimpunan aman itu di stadium, polis hari ini melancarkan sekatan jalanraya di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya yang mengakibatkan kesesakan jalanraya yang teruk.
Ribuan warga kerja lewat ke pejabat akibat sekatan jalanraya yang dilihat sebagai cubaan berterusan melumpuhkan perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu ini.
Antara jalan-jalan yang terjejas adalah Lebuhraya Persekutuan berhampir Subang Parade, Subang Jaya berhampiran Kolej Segi College, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan lebuh raya KL-Seremban di Seri Kembangan.
Kebanyakan pengguna jalanraya berang dengan tindakan polis itu sehingga menyebabkan ramai yang terkandas dalam perjalanan dan lewat ke destinasi masing-masing.
Ada yang meluahkan perasaan mereka di lama sosial seperti Twitter dan Facebook.
0 comments:
Post a Comment