Sport Streaming

Wednesday, July 13, 2011

Pengajar Mati Kena Bom Buatan Sendiri

JAKARTA: Seorang lelaki yang cuba menunjuk kepada pelajar cara membuat bom terbunuh akibat letupan bom buatan sendiri di sebuah sekolah agama berasrama di Pulau Sumbawa, Indonesia Tengah, semalam.

Pegawai dan pelajar menghalang polis memasuki kawasan sekolah berkenaan, kata jurucakap polis tempatan, Lt Kol Sukarman Husen.


Mereka menemui mayat pembuat bom itu yang hanya dikenali sebagai Firdaus, 30, dalam bas yang meninggalkan sekolah itu.

Polis turut merampas sejumlah panah dan parang.

Menurut Sukarman, mangsa ialah bendahari sekolah berkenaan tetapi media melaporkan dia pernah menjalani latihan membuat bom di Mindanao, Filipina.

Stesen televisyen TVOne mendakwa dia terbunuh ketika melatih pelajar membuat bom.

Sebelas orang ditahan untuk disoalsiasat dan polis masih memujuk pegawai sekolah supaya membenarkan mereka memasuki perkarangan sekolah itu. Ketua Polis Kebangsaan, Anton Bachrul Alam berkata bom berkenaan dibuat untuk menyerang polis. 

AFP

0 comments:

Post a Comment

 

Reuters

Kosmo Online

Utusan Online