Sport Streaming

Wednesday, July 20, 2011

Penduduk Kampung dibaham Singa

NAIROBI: Seorang wanita dimakan oleh seekor singa yang terlepas dari sebuah taman haiwan di Kenya.

Martha Nduta dilapor diserang di rumahnya sebelum diheret dari kediaman itu.

Pegawai yang melakukan siasatan di tempat kejadian di daerah Nyahururu hanya menemui tengkorak manusia dan beberapa tulang.

Gambar hiasan

Anggota keluarganya mengenal pasti mayat itu menerusi pakaiannya yang koyak-rabak serta sebelah kasut yang ditemui di tempat kejadian.

Ketua Polis Laikipia Barat, Francio Nyamatari berkata, pegawai hidupan liar Kenya melancarkan gerakan memburu singa jantan itu ketika kebimbangan di kalangan penduduk kampung semakin meningkat.

Haiwan itu dipercayai melarikan diri dari Taman haiwan Laikpia menerusi pagar yang berlubang sebelum memasuki kampung berdekatan, 110 kilometer ke utara Nairobi.

Taman haiwan berkenaan yang bertujuan memastikan perlindungan terhadap hidupan liar, dikelilingi pagar elektrik bagi menghalang haiwan berbahaya melepaskan diri.

Media tempatan melaporkan, sebahagian pagar itu dimusnahkan oleh gajah baru-baru ini. 

AP

0 comments:

Post a Comment

 

Reuters

Kosmo Online

Utusan Online