Sport Streaming

Monday, July 25, 2011

Helikopter Ketiga Tentera Thai Terhempas

BANGKOK: Sebuah helikopter tentera Thai terhempas di barat negara itu, semalam, menyebabkan tiga anggota tentera mati, menjadikan nahas membabitkan pengangkutan itu kepada tiga dalam masa sembilan hari dan jumlah korban kepada 17, di kawasan yang sama.

Gambar hiasan

Helikopter Bell 212 ditugaskan membantu operasi mencari tujuh mangsa helikopter Black Hawk yang hilang Selasa lalu ketika ia terhempas dan terbakar di wilayah Phetchaburi.

Dua mayat ditemui kelmarin termasuk seorang jurukamera televisyen.

Helikopter Black Hawk yang terhempas itu dalam misi mencari lima anggota tentera yang mati apabila helikopter era Perang Vietnam terhempas hujung minggu lalu.

Jurucakap tentera, Sansern Kaewkamnerd berkata, satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas semalam adalah mekanik yang memberitahu mengenai kerosakan ekor helikopter itu, dipercayai berpunca daripada masalah enjinnya. Stesen televisyen negara itu menyiarkan gambar helikopter itu terbakar di kawasan berbatu-batan. Saksi memberitahu mereka melihat helikopter itu seakan-akan menghadapi masalah sebelum terhempas. 

Dua helikopter pertama yang terhempas terbang merentasi kawasan hutan bergunung-ganang ketika hujan lebat. Misi udara dilakukan setiap hari kerana pasukan penyelamat tidak dapat sampai ke lokasi dengan berjalan kaki.

Kekerapan helikopter tentera terhempas di negara itu agak mengejutkan. Tiga helikopter Bell UH-1H terhempas antara Jun dan Oktober 2008 akibat masalah enjin atau cuaca buruk. 

Reuters

0 comments:

Post a Comment

 

Reuters

Kosmo Online

Utusan Online