LONDON: Tiga remaja Britain mati dalam kemalangan bas ketika melancong di utara Thailand, kata pegawai kerajaan di London, semalam.
Tiga remaja itu semuanya berusia 19 tahun dari London terbunuh apabila bas yang dinaiki merempuh bas lain ketika menuju ke Chiang Mai, di utara Thailand.
Gambar hiasan
Bruno Melling-Firth, Conrad Quashie dan Max Boomgaarden-Cook pergi melancong sebelum mendaftar di universiti maut di Khlong Khlung, di wilayah Kamphaeng Phet. Rakyat Britain lain yang cedera dalam nahas itu dibawa ke hospital di Bangkok.
Media Britain melaporkan kira-kira 40 lagi penumpang cedera. “Kami dapat mengesahkan tiga rakyat Britain meninggal dunia,” lapor kenyataan Pejabat Luar Negeri.
“Dua lagi rakyat Britain juga menaiki bas itu. Seorang daripadanya cedera dan kami sudah melawatnya di hospital Bangkok dan menghulurkan bantuan,” lapor kenyataan itu.
AFP
0 comments:
Post a Comment