Elaine Davidson wanita paling banyak bertindik di dunia berkahwin baru-baru ini.
Davidson, yang mempunyai 6,925 tindikan, berkahwin di Edinburh, di mana dia tinggal dan menguruskan sebuah kedai.
Wanita berumur 42 tahun ini diiringi ke pejabat pendaftaran di bandar raya Scottish memakai gaun putih dan merah jambu dengan bunga-bunga sekeliling rambutnya.
Dan untuk upacara istimewa ini dia meyimpan tindikan-tindikan di semua tempat, bersama tanda cat hijau, kuning dan biru di mukanya.
Suaminya, Douglas Watson, yang tidak mempunyai sebarang tindikan, memakai suit biru dengan baju biru dan tali leher untuk upacara 35 minit itu.
Davidson juga diiringi oleh dua pengapit yang memakai gaun merah jambu ke Pejabat Pendaftaran Edinburgh.
Bekas jururawat dari Brazil ini pertama kali memecahkan rekod untuk tindikan terbanyak pada Mei 2000, apabila pegawai Guinness World Records mendapati 462 tindikan pada badannya, termasuk 192 pada mukanya.
Davidson sebelum ini pernah berkata dia tidak pernah menanggalkan cincin dan tatah, yang dia anggarkan seberat tiga kilo.
Dia juga mendakwa bahawa tidak rasa sakit ketika melakukan tindikan dan tidur dengan semua tindikan di badannya setiap malam.
Bagaimanapun, dia mendedahkan pada tahun 2009 bahawa dia tidak suka ditindik dan menderita untuk seninya.
Dia pernah berkata pada Februari 2009, apabila dia mempunyai 6,005 tindikan termasuk 1,500 yang ‘dalaman’: “Saya tidak gemar bertindik, tetapi untuk memecahkan rekod anda perlu ke satu tahap yang lebih tinggi.
“Saya mahu pecahkan rekod.
“Keluarga saya tidak menyukai tatu atau tindikan.”
Pada laman webnya sendiri, Davidson, yang juga tidur atas katil paku dan pernah berjalan atas api dan kaca, berkata dia gemar sukan ekstrem dan teater, tetapi tidak minum arak atau merokok.

Mynewshub