COTABATO: Kira-kira setengah juta kanak-kanak yang kehilangan tempat tinggal akibat banjir di selatan Filipina berdepan dengan cirit-birit serta pneumonia.
Virus Rota merupakan salah satu punca utama masalah cirit-birit
Wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di negara itu, Vanessa Tobin berkata, kira-kira 450,000 kanak-kanak adalah antara ratusan ribu orang yang terjejas akibat banjir di lebih 24 bandar di Mindanao sejak dua minggu lalu.
Banjir itu berpunca daripada limpahan air Rio Grande, sungai kedua terpanjang di Filipina selepas keladi bunting menyekat sebahagian besar sungai itu, menghalangnya mengalir ke laut.
Pihak berkuasa berkata, beberapa kawasan rendah masih ditenggelami air dan Vanessa berkata, ia meningkatkan kebimbangan mengenai kemungkinan kanak-kanak dijangkiti penyakit serta cirit-birit dan pneumonia.
“Kami berusaha menghalang kematian dan penyakit dengan bekerjasama dengan kerajaan dan agensi lain,” katanya.
Ratusan tentera dikerah membantu memusnahkan keladi bunting yang melitupi kawasan seluas 25 hektar sungai berkenaan.
Presiden Benigno Aquino yang memeriksa operasi berkenaan minggu lalu, mengerahkan pengagihan bantuan secara besar-besaran kepada penduduk terlibat.
Agensi

0 comments:
Post a Comment