Sport Streaming

Monday, June 27, 2011

RM1.6 juta Untuk Nyawa Amah

RIYADH: Kerajaan Indonesia membayar wang pampasan bernilai RM1.62 juta bagi membebaskan seorang warganya daripada hukuman pancung.

Menurut Kementerian Luar Indonesia semalam, wang berkenaan dihantar ke kedutaan negara itu di Riyadh dengan harapan ia menyelamatkan Darsem Dawud yang didapati bersalah membunuh majikannya pada 2009.


Pegawai Kedutaan Indonesia, Hendrar Pramutyo, berkata wang pampasan itu dibayar dua pegawai Kedutaan Indonesia kepada satu panel yang menguruskan kes berkenaan di Riyadh.

“Pembayaran pampasan itu membayangkan komitmen tinggi kerajaan melindungi warganya di luar negara,” katanya.

Berasal dari Subang, Jawa Barat, Darsem disabitkan kesalahan membunuh majikannya, seorang lelaki warga Yaman, yang didakwa cuba merogolnya pada Mei 2009.

Dalam perbicaraan, Darsem berkata, tindakannya itu adalah langkah mempertahankan diri daripada diserang lelaki terbabit.

Menjelang pelaksanaan hukuman pancung Darsem pada 7 Julai ini, keluarga lelaki itu bersetuju memaafkan tertuduh pada Januari lalu jika mereka diberikan pampasan.

Kata Hendrar, mahkamah di Riyadh bersetuju membebaskan Darsem dari Penjara Malaz tetapi tarikh sebenar belum diketahui.

Terdahulu, Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa, meminta Parlimen negara itu meluluskan wang berkenaan bagi menyelesaikan kes Darsem.

Katanya, wang itu diambil daripada dana perlindungan di bawah Kementerian Luar.

“Berdasarkan sensitiviti isu ini, kementerian bimbang kita terlepas peluang menyelamatkan Darsem kerana asyik berbincang mengenai peruntukan berkenaan,” katanya. 

AN

0 comments:

Post a Comment

 

Reuters

Kosmo Online

Utusan Online