Sport Streaming

Tuesday, June 28, 2011

Pesawat Ringan Terhempas Di Ladang Pisang

FILIPINA -  Sebuah pesawat ringan terhempas pagi tadi di kawasan ladang pisang dekat Davao del Norte, lapor agensi berita China, Xinhua.

Seorang saksi, Roberto Bigcas berkata, pesawat jenis Falcon Turbo Engine milik syarikat Air Wolf itu terhempas pada kira-kira jam 8 pagi waktu tempatan di Kampung Bobongon, pekan Santo Tomas, Davao del Norte.


Ketika kejadian, pesawat itu menjalankan kerja menabur racun di kawasan ladang berkenaan.

Bagaimanapun juruterbang kapal itu, Kapten Nonilo Tahon terselamat dan pasukan penyelamat masih menyiasat punca nahas. 

BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 

Reuters

Kosmo Online

Utusan Online