PETALING JAYA – Mayat seorang lelaki tempatan ditemui dalam sebuah teksi di kawasan perumahan, Blok E, Taman Medan di sini Khamis malam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata mangsa, yang berumur lingkungan 30-an, ditemui penduduk dalam keadaan ditutup dengan karpet pada 7.30 malam tadi.
Beliau berkata mayat lelaki itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat, dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Polis kini menyiasat motif lelaki itu dibunuh, katanya ketika dihubungi malam ini (tadi).
BERNAMA
0 comments:
Post a Comment