BUKIT MERTAJAM: Kerana tidak tahan menjadi pemuas nafsu lelaki gila seks, seorang pelajar menceritakan kejadian berkenaan kepada bapanya, Rabu lalu sebelum membuat laporan polis mengenainya.
Mangsa, pelajar lelaki berusia 15 tahun yang tinggal di sebuah flat di sini, mendakwa dipaksa melakukan seks oral oleh seorang lelaki juga jirannya setiap kali isteri lelaki berkenaan tiada di rumah.
Menurut sumber polis, mangsa mengenali lelaki berusia lingkungan 20-an terbabit kira-kira sebulan lalu dan suspek dikatakan baru berpindah ke situ serta tinggal di tingkat bawah blok flat yang sama dengan pelajar berkenaan.
“Mangsa mengenali lelaki berkenaan selepas isterinya sering meminjam cakera padat digital (DVD) filem terbaru daripadanya.
“Daripada perkenalan itulah, mangsa yang tidak mengetahui lelaki terbabit mempunyai niat jahat terhadapnya pergi ke rumahnya dua minggu lalu sebelum dia dipaksa melakukan seks oral,” katanya.
Menurutnya, lelaki berkenaan ketika itu mengugut akan memukul mangsa jika dia menceritakan kejadian terbabit kepada sesiapa hingga membuatkan pelajar itu takut untuk mendedahkan perbuatan kejinya.
“Sejak kejadian pertama, mangsa dipaksa melakukan perbuatan tidak senonoh terbabit dan ia berulang dua kali lagi di rumah lelaki berkenaan.
“Lelaki itu dikatakan mengambil kesempatan memaksa mangsa melakukan perbuatan terbabit ketika isterinya tiada di rumah,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang tidak tahan lagi dengan perlakuan lelaki terbabit mengambil keputusan menceritakan kejadian itu kepada bapanya sebelum membuat laporan polis.
Difahamkan, polis kini memburu suspek yang dikatakan menghilangkan diri apabila mengetahui mangsa membuat laporan polis.
H/metro
0 comments:
Post a Comment