Sport Streaming

Friday, June 24, 2011

Kepala Tertusuk Cermin Lori

ALOR GAJAH: Seorang pelajar Kolej Risda terpaksa menahan kesakitan 15 minit akibat tertusuk serpihan cermin lori yang menembusi kepalanya selepas motosikal ditunggang bersama rakan, terbabit dalam kemalangan di Kampung Ayer Paabas, dekat sini, lewat petang kelmarin.

Pelajar terbabit, Mohd Shahir Mohd Yusuf, 19, turut parah di tengkuk serta badan selepas kepalanya terhentak pada bahagian hadapan lori yang sarat dengan muatan peralatan baik pulih rumah yang dalam perjalanan dari Ayer Paabas ke Kelemak, dekat sini.

Gambar hiasan

Dalam kejadian jam 5 petang itu, Mohd Shahir menunggang motosikal Yamaha LC135 dari Kampung Paya Datuk ke arah Kolej Risda melalui jalan Ayer Paabas untuk menghadiri kelas komputer di kolej berkenaan.

Pembonceng yang juga rakan sekuliahnya, Mohd Ilman Ismail, 21, turut cedera lutut kanannya akibat tercampak ke atas jalan.

Jurucakap polis berkata, ketika melalui satu selekoh di kampung berkenaan, Mohd Shahir dipercayai hilang kawalan lalu bertembung dengan lori yang datang dari arah bertentangan menyebabkan dia tercampak dan merempuh cermin lori.

“Akibat pertembungan itu, kepalanya terhentak pada cermin depan lori sehingga serpihan kaca menusuk kepalanya sebelum terjatuh di depan lori. Bagaimanapun, pemandunya sempat menekan brek kecemasan.

Mohd Shahir terpaksa menahan kesakitan hampir 15 minit sebelum sampai ke ke Hospital Alor Gajah dengan ambulans bersama rakannya.

Pemandu serta kelindan lori berbangsa Myanmar berusia pertengahan 20-an bagaimanapun, tidak cedera.

Jurucakap Hospital Alor Gajah temui berkata, keadaan Mohd Shahir kritikal dan serpihan kaca itu berjaya dikeluarkan dari kepalanya kira-kira jam 10 malam.

Dia yang yang berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan, turut cedera hidung, rusuk serta patah kaki kanan, kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

0 comments:

Post a Comment

 

Reuters

Kosmo Online

Utusan Online