Sport Streaming

Thursday, June 16, 2011

Godam – Maximus Ongkili Cuci Tangan?

KUALA LUMPUR – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus Ongkili dilihat cuba mencuci tangan daripada kejadian godam melibatkan 41 laman web rasmi kerajaan malam tadi.

Ketika dihampiri para wartawan di Parlimen tengah hari tadi, beliau enggan menjawab sebarang persoalan berhubung kejadian yang memalukan itu.


Beliau sebaliknya menuding jadi ke arah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

“Biar menteri (Datuk Seri) Rais Yatim yang jawab soalan ini,” katanya.

Beliau selepas itu berlalu pergi begitu sahaja.

Sebanyak 51 laman web kerajaan cuba digodam malam tadi dan daripada jumlah itu sebanyak 41 buah berjaya digodam.

Cybersecurity Malaysia yang bertanggungjawab terhadap ehwal keselamatan laman web kerajaan merupakan salah satu agensi di bawah Mosti.

Mynewshub

0 comments:

Post a Comment

 

Reuters

Kosmo Online

Utusan Online