Sport Streaming

Tuesday, June 21, 2011

Gempa Kuat Gegar Utara Chile

SANTIAGO  -  Gempa bumi kuat berukuran 6.3 magnitud menggegarkan utara Chile, awal pagi tadi tetapi tiada menyebabkan kecederaan atau kerosakan.

Gempa berlaku di 90 kilometer di timur laut Calama, sebuah bandar yang mempunyai lebih 100,000 penduduk di tengah Gurun Atacama di Wilayah Antofagasta, menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).


Jabatan Kecemasan Kebangsaan Chile bagaimanapun meletakkan bacaan gegaran lebih tinggi daripada USGS.

Gegaran dapat dirasai sehingga ke wilayah utara Arica, Parinacota, Tarapaca, Antofagasta dan Atacama.

Gempa itu juga tidak menyebabkan tsunami di perairan Chile. 

AFP

0 comments:

Post a Comment

 

Reuters

Kosmo Online

Utusan Online