Sport Streaming

Wednesday, June 8, 2011

Bergaduh Kerana Seorang Wanita, 23 Cedera

Gambar hiasan

NILAI – Seramai 23 pekerja lelaki dari Vietnam dan Bangladesh cedera dalam satu pergaduhan di asrama pekerja kilang tekstil di Taman Semarak, di sini malam tadi, dipercayai kerana seorang wanita Vietnam.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abd Manan Mohd Hassan berkata, tiga daripada mereka, iaitu dua warga Vietnam dan seorang Bangladesh terpaksa dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, manakala yang lain hanya mendapat rawatan pesakit luar.

"Polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 9 malam. Pergaduhan itu membabitkan sekurang-kurangnya 400 pekerja negara terbabit.

“Kebanyakan pekerja asing terbabit bersenjatakan kayu dan batang besi selain batu,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata pergaduhan itu berjaya dileraikan dengan campur tangan polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan pada kira-kira pukul 5 pagi ini.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas seorang lelaki Bangladesh mengusik seorang wanita Vietnam semasa bekerja syif malam pada Isnin lepas.

Bernama

0 comments:

Post a Comment

 

Reuters

Kosmo Online

Utusan Online