Sport Streaming

Friday, June 10, 2011

Benarkah Anwar Tidak Takut Mahkamah?



KUALA LUMPUR – Isnin lalu permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya hakim Mahkamah Tinggi di sini menarik diri  daripada mendengar kes liwat melibatkan bekas pembantu peribadinya gagal buat kali ketiga.

Setelah Hakim Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan permohonan beliau ditolak peguam Anwar, Karpal Singh segera memohon supaya perbicaraan  digantung sementara menunggu rayuan.

Sebutan semula kes itu kemudiannya ditetapkan pada 13 Julai depan.

Sepatutnya Anwar mula memberi keterangan Isnin lalu, namun beberapa hari sebelum itu beliau memfailkan permohonan ketiga supaya hakim menarik diri.

Dan apabila ia ditolak, beliau memohon supaya perbicaraan digantung.

Sebelum ini sudah banyak artikel membidas helah dan tindak-tanduk Anwar yang seolah-olah melengahkan perbicaraan kes liwat kali ini.

Dengan perkembangan terbaru kes ini nampaknya tidak ada tanda-tanda bahawa kes ini akan selesai dalam waktu terdekat.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26 di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99,  Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Wakil Mynewshub yang berada di mahkamah Isnin lalu mendengar semua hujah Karpal supaya hakim berkenaan menarik diri dari mendengar kes liwat pemimpin pembangkang itu.

Antara hujah peguam berkenaan adalah Anwar tidak takut mahkamah tetapi mahukan perbicaraan yang adil.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak takut untuk hadir di mahkamah. Apa yang dia mahukan adalah perbicaraan yang adil,” kata peguam berkenaan dalam hujahnya.

Benarkah pemimpin pembangkang tersebit tidak takut kepada mahkamah? Jika tidak takut kenapa sehingga tiga kali memohon supaya hakim ditukar.

Jika benar dia tidak takutkan mahkamah juga kenapa tidak terus saja beri keterangan pada 6 Jun baru-baru ini selepas mahkamah memerintahkan beliau supaya membela diri pada 16 Mei lalu.

Kenapa beberapa hari sebelum hadir di mahkamah Anwar memfailkan lagi permohonan supaya peguam menarik diri? Permohonan yang sama sudah pun dua kali ditolak.

Dan Isnin lalu apabila permohonan berkenaan ditolak lagi kali ketiga, pemimpin pembangkang itu  memohon pula supaya perbicaraan digantung sementara menunggu rayuan.

Jika Anwar benar-benar berani, pasti perbicaraan kes ini tidak akan berlarutan hingga hampir tiga tahun sejak Anwar mula dituduh pada 7 Ogos 2008. 

Mynewshub

0 comments:

Post a Comment

 

Reuters

Kosmo Online

Utusan Online