Sport Streaming

Friday, June 24, 2011

ANAK Berang, Felda Bukan Milik Isa Samad

KUALA LUMPUR: Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad tidak berhak membuat kenyataan mengenepikan hak peneroka kerana agensi itu bukan hak milik beliau, tegas Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman.

Mazlan mengulas kenyataan Isa semalam yang menyatakan pinjaman Felda daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
sebanyak RM6 bilion, sebagai ‘satu penghormatan’.


Berang dengan kenyataan itu, Mazlan berkata, Isa seharusnya menjawab secara jujur mengenai status kewangan Felda dan bukan cuba membuat kenyataan yang cuba mengalih perhatian peneroka.

Mazlan juga mengulangi persoalan, sekiranya kedudukan kewangan Felda kukuh, mengapa  agensi itu perlu membuat pinjaman sebanyak itu dan menaggung kerugian pelaburan di luar negara.

“Selagi semuanya tidak terjawab, itu yang menjadi kerisauan peneroka. Dia (Isa) kena tahu bahawa tanah peneroka bukan milik dia, itu satu-satunya harta kami” tegas Mazlan.

“Kami mempersoalkan apa keperluan pinjaman dibuat, tapi dia (Isa Samad) cuba mengalihkan cerita.

Dalam pada itu Mazlan berkata, Felda akan terus  berdepan risiko sekiranya agensi itu diurus oleh pemimpin Umno seperti Isa Samad, yang pernah menghadapi dakwaan melakukan rasuah ketika pemilihan agung Umno.

“Jika pimpinan seperti ini yang mewakili Felda, sememangnya kami dalam keadaan yang bahaya,” katanya.

Sehubungan itu katanya,  satu laporan polis akan dibuat berhubung pinjaman Felda di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, pada 26 Jun ini.

Laporan polis itu katanya,  akan dibuat ANAK dan hampir 200 peneroka dari seluruh Negeri Sembilan.

Turut dijangka hadir membuat laporan polis berkenaan adalah Pengerusi Jawatankuasa Disiplin KEADILAN, Dr Tan Kee Kwong dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin.

Keadilandaily

0 comments:

Post a Comment

 

Reuters

Kosmo Online

Utusan Online