Sport Streaming

Thursday, June 23, 2011

62 Banduan Al-Qaeda Di Yemen Melarikan Diri

ADEN – Sekurang-kurangnya 62 orang banduan Al-Qaeda melepaskan diri dari penjara selatan Yemen hari ini selepas mereka bertempur dengan pengawal, mengorbankan seorang pengawal serta dua lagi tercedera.


Banduan-banduan tersebut melarikan diri dari penjara di Al-Mukalla yang terletak di tenggara Hadramawt ke kawasan pergunungan berdekatan selepas mereka bertempur dengan pengawal penjara dan merampas senjata dari mereka.

Mereka dikatakan berjaya melarikan diri selepas sekumpulan militan Al-Qaeda menyerbu penjara tersebut dan membebaskan mereka. 

AFP

0 comments:

Post a Comment

 

Reuters

Kosmo Online

Utusan Online