Sport Streaming

Saturday, June 25, 2011

4 Kelasi Mati Keracunan arak

BANJARMASIN: Empat kelasi Russia mati dan tiga lagi dimasukkan ke hospital selepas minum arak di Kalimantan Tengah, tempat kapal kargo mereka berlabuh.

Jurucakap polis, Joko Sadono berkata, keempat-empat kelasi itu, tiga lelaki dan seorang wanita, tiba di wilayah itu dengan kapal Captain Kurbatskiy.


“Mereka minum arak yang dibeli daripada seorang lelaki tempatan yang dicampurkan dengan arak yang mereka bawa,” kata Joko.

Menurutnya, seorang kelasi mati di atas kapal lewat kelmarin sementara tiga lagi mati ketika dalam perjalanan ke hospital, semalam.

Joko berkata, polis menganggap kematian mereka berpunca daripada keracunan arak. 

AFP

0 comments:

Post a Comment

 

Reuters

Kosmo Online

Utusan Online