Sport Streaming

Tuesday, July 24, 2012

Syarikat China bangun Sepang Gold Coast

SEPANG GoldCoast Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) dan Sepang Bay Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat berpangkalan di China, Zhejiang Zhongxia Investment Co Ltd untuk melaksanakan projek pembangunan terbaru di kawasan Sepang Gold Coast.


Pengarah Eksekutif Zhejiang Zhongxia Investment, Xu Yong berkata, syarikat itu terbabit dalam pembinaan dan pemasaran projek baru itu di Sepang Gold Coast yang terdiri daripada unit kediaman, hotel dan ruang komersial dengan nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM1 bilion.

“Projek berkenaan yang dilaksanakan di kawasan seluas 200,000 meter persegi itu disasarkan bermula tahun depan dan dijangka siap dalam tempoh enam tahun dilakukan dalam empat fasa,” katanya selepas majlis memeterai perjanjian yang diadakan di Shah Alam.

Xu berkata, pihaknya menyasarkan pembeli di kalangan pelabur luar negara dan melalui beberapa pembentangan yang dilakukan sebelum ini, pelabur dari China dan Taiwan menunjukkan minat membuat pelaburan di kawasan berkenaan.

“Projek ini tidak hanya terhad untuk pembangunan unit kediaman sebaliknya meliputi unit komersial dan kami yakin ia akan mendapat sambutan khususnya daripada pelabur Asia.

“Ia meliputi lima blok dengan kira-kira 1,000 unit kediaman dan satu blok hotel atau apartmen servis. Setakat ini, kami hanya menawarkan unit kediaman untuk dijual,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

 

Reuters

Kosmo Online

Utusan Online