Sport Streaming

Friday, July 13, 2012

Penjara 170 Tahun Kerana Jual Gadis

KATHMANDU: Sebuah mahkamah di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 170 tahun ke atas seorang lelaki yang didapati bersalah menyeludup gadis belasan tahun ke India untuk bekerja sebagai pelacur.

Bajir Singh Tamang, 37, dilapor memperdaya mangsa yang berasal dari luar bandar dengan menjanjikan kehidupan lebih baik, bekerja sebagai pembantu rumah di negara Asia Barat dan India sebelum menjual mereka ke rumah pelacuran di India.

Gambar hiasan

Enam mangsa berusia bawah 16 tahun yang diselamatkan oleh kumpulan hak asasi manusia pada 2007 dan 2009 mengambil tindakan undang-undang terhadap Tamang, kata pendakwa raya, Krishna Jung Shah.

“Dia dituduh mengambil gadis remaja bekerja secara haram, menjual mereka ke rumah pelacuran di India dan menjalankan kegiatan pelacuran,” kata Shah, pendakwa raya di Sindhupalchok, tengah Nepal.

Menurutnya, hukuman itu, paling lama dalam sejarah kehakiman Nepal, adalah selaras dengan garis panduan yang diperkenalkan lima tahun lalu untuk mengenakan hukuman berat terhadap mereka yang terbabit dalam jenayah pemerdagangan manusia. - AFP

0 comments:

Post a Comment

 

Reuters

Kosmo Online

Utusan Online