Sport Streaming

Thursday, July 12, 2012

Pemain Bola Palestin dibebaskan

GENTING GAZA - Pemain bola sepak Palestin, Mahmoud Sarsak yang nekad mogok lapar tiga bulan di penjara Israel, dibebaskan kelmarin menerusi satu perjanjian yang dipersetujui pihak berkuasa Israel.

Sarsak, 25, berkata, dia tidak melupakan nasib saudaranya yang masih meringkuk di dalam penjara Israel.

“Ini adalah kemenangan untuk kami dan saya ucapkan terima kasih kepada Palestin dan badan antarabangsa yang menyokong saya,” katanya.

Sarsak (tengah) dikerumuni penyokongnya selepas tiba di Rafah, selatan Genting Gaza, kelmarin.

Sarsak melancarkan mogok lapar sebagai membantah tindakan rejim Zionis yang mengenakan hukuman tahanan pentadbiran ke atasnya selepas ditahan pada Julai 2009.

Tindakan beliau sehingga menjejaskan kesihatannya itu, menarik perhatian antarabangsa termasuk Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

0 comments:

Post a Comment

 

Reuters

Kosmo Online

Utusan Online