CYBERJAYA, 24 Sept — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata klip video Undillah belum mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk siaran, dan oleh itu, ia tidak sepatutnya disiarkan menerusi televisyen sehingga ia telah mendapat kelulusan.
Agensi itu berkata, hasil pemantauan pematuhan secara rutin dibuat menunjukkan pengumuman khidmat awam yang dihasilkan oleh pemuzik Pete Teo belum mendapat kelulusan daripada LPF. SKMM menambah, di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, semua penyiar mesti menghentikan penyiaran klip video berkenaan.
Bagaimanapun katanya, arahan itu tidak melibatkan kandungan klip berkenaan tetapi hanya berkaitan pematuhan oleh pihak penyiar.
“Arahan ini adalah mengenai pematuhan oleh pihak penyiar dan bukannya kandungan pengumuman khidmat awam tersebut,” kata SKMM dalam satu kenyataan dibawa oleh Bernama Online.
Kenyataan SKMM berkata, adalah menjadi amalan biasa untuk pihaknya mengarahkan penarikan kandungan yang belum diberi kelulusan oleh LPF untuk ditayangkan.
“Dalam kes pengumuman khidmat awam yang dihasilkan oleh pemuzik Pete Teo, dan atas hasil pemantauan pematuhan secara rutin yang dibuat oleh SKMM, didapati pengumuman khidmat awam tersebut belum mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem untuk disiarkan di televisyen,” katanya.
Demikian juga, di bawah akta tersebut semua penyiar televisyen mesti menghentikan penyiaran klip video berkenaan.
“Arahan ini adalah mengenai pematuhan oleh pihak penyiar dan bukannya kandungan PKA tersebut,” kata SKMM, sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia yang melaksana dan mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia.
Ia mengawal selia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga perkhidmatan internet, pos dan pensijilan digital.
Banyak pihak termasuk mereka yang menjayakan penerbitan klip itu mengkritik tindakan SKMM yang melarang stesen penyiaran lokal daripada menyiarkan bahan itu.
Misalnya, pertubuhan Bersih 2.0 menyifatkan tindakan kerajaan mengharamkan siaran klip video Undilah, yang bertujan menggalakkan orang mengundi ketika pilihan raya, bercanggah dengan pendirian pembaharuan politik yang diwar-warkan oleh pentadbiran Najib.
Justeru kepimpinan Bersih 2.0 menggesa SKMM membenarkan agar klip itu — satu bentuk pemakluman awam — terus disiarkan oleh stesen siaran tempatan kerana ia tidak membawa sebarang ancaman kepada negara.
“Saya sungguh terkejut. SKMM mesti memberi penjelasan,” katanya.
Semalam, The Malaysian Insider melaporkan bahawa bahan terbitan pemuzik Pete Teo dilarang diterbitkan kerana memaparkan kemunculan beberapa wakil rakyat pembangkang dan mesej Tengku Razaleigh Hamzah yang menyentuh bahawa Malaysia berhadapan dengan beberapa masalah.
Difahamkan SKMM memberi arahan kepada stesen penyiaran tempatan minggu ini selepas ia mula ke udara sempena sambutan Hari Malaysia.
Banyak pihak termasuk mereka yang menjayakan klip itu mengkritik tindakan SKMM. Misalnya, pertubuhan Bersih 2.0 menyifatkan tindakan kerajaan mengharamkan siaran klip video Undilah, yang menggalakkan orang mengundi ketika pilihan raya, bercanggah dengan pendirian pembaharuan politik yang diwar-warkan oleh pentadbiran Najib.
Justeru kepimpinan Bersih 2.0 menggesa SKMM membenarkan agar klip itu - satu bentuk pemakluman awam — terus disiarkan oleh stesen siaran tempatan kerana ia tidak membawa sebarang ancaman kepada negara.
Selain Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dari Umno dan Wee, turut menjayakan klip itu ialah Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin.
Personaliti lain termasuklah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.
Pelakon Afdlin Shauki dan penulis lirik kontroversial Namewee merupakan antara individu terpilih untuk mendendangkan lagu Undilah ciptaan komposer Pete Teo.
Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. Kira-kira empat juta rakyat negara ini yang layak untuk mengundi belum mendaftar sebagai pemilih.
Video klip berdurasi 4.38 minit itu turut menampilkan 40 personaliti termasuk ahli politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
Turut disenaraikan ialah pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.
0 comments:
Post a Comment