Teringat aku walau masa itu umur aku baru 4 tahun. Aku dilahirkan disuatu tempat disebuah kampung yang terletak dipinggir kota. Aku membesar di sebuah negeri P bukan tempat aku dilahirkan. Ketika aku disebuah negeri P, aku dengan keluarga selalu pulang dan menginap disebuah rumah milik emak sepupu aku atau dengan kata lain rumah sepupu emak aku dan aku adalah anak dua pupu lebih kurang.
Dirumah emak sepupu aku itu tadi mempunyai orang gaji dari luar dan juga tempatan iaitu dalam negara Malaysia ini. Ketika itu, orang gaji tersebut memang patuh pada arahan majikannya yang mana majikan itu adalah mak sepupu aku. Kerja orang gaji ini ialah membersihkan kawasan dalam dan luar rumah seperti mengemop, lap cermin tingkap dan pintu sliding.
Pada sebelah tengah hari pula, orang gaji tersebut kerjanya menyediakan makanan tengah hari untuk kelurga majikannya yang mana majikan itu mempunyai lima anak yang terdiri daripada tiga perempuan dan dua lelaki. Ke semua anak itu telah berkahwin dan mempunyai anak masing-masing. Boleh dikatakan keluarga itu besar kerana makan tengah hari bersama-sama.
Pada petang pula, rutin orang gaji tersebut adalah menyiram pokok orkid di halaman rumah yang berjujukan seperti satu taman gubahan bunga. sebenarnya kerja orang gaji tidaklah terlalu ada tekanan dan layanan kepada beliau adalah baik. Majikannya tidaklah zalim seperti yang kita dengar sebelum ini. Seingat aku masa itu adalah sekitar tahun 1989 dan aku dengan keluarga masih menetap di negeri P itu tadi.
Pada tahun 1990, barulah keluarga aku berpindah ke negeri tempat kelahiran aku iaitu di negeri K. Masa itu keluarga aku menetap disuatu tempat berdekatan dengan tempat ladang sawit dan bukanlah duduk dalam ladang tersebut. Cuma berdekatan dengan persekitaran tersebut sahaja. Kami sekeluarga tetap ke rumah emak sepupu aku itu tadi.
Tahun demi tahun berlalu, itulah juga kerja orang gaji tersebut. Masih bertahan lama di rumah majikannya. Itu menujukkan majikannya tidak zalim akan orang gaji tersebut sebaliknya menjaga seperti keluarga sendiri. Orang gaji itu memang patuh pada arahan majikannya. Tidak melawan apa yang disuruh oleh majikannya. Kedatangannya juga tepat pada masa.
Orang gaji itu bekerja di rumah yang besar milik majikannya. Di sebelah rumah majikannya itu terletak jujukan rumah milik anak lelaki dan anak perempuannya yang begitu besar tersergam indah. Semua rumah itu telah dibina untuk anak-anak majikan itu yang juga merupakan dua sepupu kepada aku. Cuma umur dia dengan umur aku beza 20 tahun lebih atau dengan kata lain setahap dengan umur emak aku.
Besarnya rumah itu menandakan mereka mempunyai duit yang banyak. Apa tidaknya, mempunyai kedai emas masing-masing. Tiga daripada lima beradik itu mempunyai kedai emas sendiri dan mereka boleh dikatakan mewah. Pelbagai jenis kereta mewah dan sempat dengan aku pada ketika itu ialah kereta jenis Mercedes dengan nombor plat dua angka sahaja. Nombor itu tidak sampai nombor 20 iaitu bernombor 18. Mewah sekali.
Bukan setakat dua nombor, tapi beberapa nombor yang dikatakan mempunyai angka 18. Kalau bidaan nombor pada hari ini mungkin mencecah angka puluhan dan ratusan ribu ringgit untuk memiliki nombor berkenaan. Tapi itu tidak menjadi masalah kerana mereka mempunyai kedai emas. Hasil emas pula amat menguntungkan pada ketika itu. Mungkin orang gaji tersebut dapat emas dalam bentuk gelang atau rantai.
Pasal rantai dan gelang, itu aku tidak tahu sangat. Cuma yang aku tahu orang gaji itu bekerja dengan emak sepupu aku. Setelah umur aku mencecah umur tiga belas tahun dan mas itu aku berada di tingkatan 1, emak sepupu aku telah kembali ke rahmatullah. Sebelum arwah pergi, suaminya pergi dahulu meninggalkan isterinya. Pemergian suaminya itu serentak dengan pemergian arwah atuk aku yang beza masa ajalnya kira-kira 15 minit.
Kelam kabut juga keluarga aku kerana kene buat dua pilihan untuk menziarahi arwak bapa sepupu dan atuk aku itu. Namun kedua-duanya dapat diselesaikan satu persatu. Maka selepas itu dikebumikanlah jenazah berkenaan masing-masing di liang lahat yang berlainan. Pada masa itu tinggal orang gaji dan majikannya itu. Selang beberapa bulan, emak sepupu aku pula pergi meninggalkan dunia yang fana ini.
Maka tinggallah orang gaji berkenaan bersama dengan keluarga anak-anak majikan tadi. Kedua-dua arwah itu kembali ke rahmatullah pada tahun 1999 tidak silap aku. Maka kerja-kerja orang gaji diteruskan seperti biasa walaupun sudah ketiadaan majikannya. Mungkin anak-anak majikan yang akan membayar gaji kepada orang gaji tersebut. Orang gaji itu terus bekerja sehingga ke hari ini.
Lama-kelamaan orang gaji itu sudah menunjukkan belang. Beliau mahu menguasai seluruh rumah besar itu....
Tunggu siri dua kerana sudah masuk Isyak. Aku mahu solat kat masjid
0 comments:
Post a Comment