MADINAH: Polis masih menyiasat mengenai pememuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun warga tempatan di dalam but kereta abangnya.
“Abang mangsa yang menemui mayat adiknya di dalam but keretanya lalu menghubungi polis,” kata jurucakap polis, Kolonel Fahd al-Ghanim.
Gambar hiasan
Lelaki itu turut memberitahu polis, adiknya mengalami masalah mental. Polis tidak menemui sebarang tanda penderaan pada tubuh mangsa.
Sementara itu, polis mendedahkan satu mayat lelaki ditemui di padang pasir di Wadi al-Mareer.
Polis mendapati terdapat kesan kecederaan di tubuh mangsa tetapi belum mengenal pasti identitinya.
Berdasarkan siasatan awal, pembunuh lelaki itu ditahan ketika melarikan diri ke Jeddah. Ketika soal siasat, suspek berusia 21 tahun warga Afrika itu mengaku membunuh lelaki itu ketika dia sedang tidur sebelum mencuri wang mangsa. - AN
0 comments:
Post a Comment