HARARE: Kumpulan sindiket di Zimbabwe meracun lopak air di lima taman hidupan liar, membunuh beberapa gajah yang kemudian diambil gadingnya, kata pihak pentadbir taman itu, semalam.
Lopak air di lima taman negara diracun, membunuh sembilan gajah, lima singa, dua kerbau dan beberapa burung hering, kata jurucakap Pengurusan Taman Hidupan Liar Zimbabwe, Caroline Washaya Moyo.
“Bangkai gajah dibiarkan selepas gadingnya diambil. Kulit singa tidak diambil dan kami mengesyaki haiwan berkenaan mangsa keracunan lopak air itu,” katanya.
Caroline berkata, pihak berkuasa taman menghantar pasukan penyiasat di kawasan terbabit bagi menyiasat kejadian itu. - AFP
0 comments:
Post a Comment