Sport Streaming

Wednesday, September 14, 2011

Janda Derita Demi Tunang

JOHOR BAHRU: Rasa cinta yang meluap-luap terhadap tunangnya menyebabkan seorang janda beranak satu sanggup meminjam wang daripada empat along dan kini, dia terpaksa membayar faedah pinjaman mencecah RM4,000 sebulan, manakala ibunya yang tinggal di Masai di sini, menjadi sasaran along terbabit.


Titik hitam itu bermula apabila mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nora, 26, meminjam RM1,000 daripada along pada Disember lalu untuk membayar kad kredit, sewa bilik, ansuran kereta dan motosikal tunangnya itu. 

“Tunang terdesak untuk menjelaskan hutang dan saya membuat pinjaman daripada along. 

“Bagaimanapun, daripada jumlah RM1,000 itu, kami hanya menerima RM300 dan along terbabit memaklumkan bakinya digunakan sebagai bayaran proses,” katanya, semalam.

Menurut Nora, along terbabit turut berjanji akan memberikan pinjaman sebanyak RM10,000 sekiranya dia dan tunangnya melunaskan hutang bersama faedah dalam tempoh lima hari yang berjumlah RM1,800.

0 comments:

Post a Comment

 

Reuters

Kosmo Online

Utusan Online